Selasa, 31 Desember 2013

Wanita 59 tahun terkejut kerakyatannya dibatalkan


  • Nigel Aw
  • Malaysiakini Jul 20 2013
 
Walaupun dilahirkan di Malaysia, Wong Ah Kar, 59, hanya menjadi warganegara Malaysia sepenuhnya pada tahun 1973. Tetapi pada tahun 1989, ia telah dibatalkan tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak tahu bahawa kewarganegaraan saya telah dibatalkan sehinggalah saya memohon permit untuk mendapatkan pembantu rumah pada 1996 dan diberitahu bahawa saya hanya seorang penduduk tetap," katanya.

MP Seputeh Teresa Kok yang menemani Wong dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini berkata, ibu bapa Wong serta adik-beradik semuanya warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan biru.

teresa kok pc auntie wongWong menunjukkan sijil pendaftaran yang menunjukkan
bapanya yang berasal dari China, menjadi warganegara Malaya pada 27 Januari 1958.

Bagaimanapun, berlaku komplikasi kerana Wong (kanan dalam gambar) dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 25 April1954 sebelum bapanya menjadi warganegara, dan dengan itu, dia terpaksa memohon sendiri kemudiannya.

"Saya tidak faham banyak, tetapi suami saya yang juga seorang warganegara, telah membantu saya untuk memohon kewarganegaraan dan saya akhirnya menerima sijil pendaftaran pada tahun 1973," katanya.

Bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemudian mengeluarkan perintah membatalkan kewarganegaraannya dengan nombor sijil pendaftaran 533728 yang berkuatkuasa pada 17 Julai 1989.

Ralat dalam permohonan

Alasan yang diberikan dalam perintah itu ialah tersilap mendapatkan sijil pendaftaran.

Kok berkata adalah tidak adil untuk membatalkan kewarganegaraan Wong hanya kerana kesilapan yang dibuat di JPN.

"Terdapat bukti bahawa bapanya adalah seorang warganegara, jadi bagaimana dia boleh dilucutkan kewarganegaraannya," katanya.

Beliau berharap Kementerian Dalam Negeri akan menunjukkan kesungguhan yang sama seperti sebelum pilihan raya umum dalam membantu mereka yang berhak mendapat kewarganegaraan tetapi tidak dapat.

"Dalam separuh masa pertama penggal lalu kerajaan, ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi menteri dalam negeri, terdapat banyak pilihan raya kecil dan setiap kalinya beliau akan memberi kerakyatan kepada warga emas untuk menunjukkan bagaimana cekapnya kerajaan.

"Tetapi apabila tidak ada lagi pilihan raya kecil, beliau diam. Saya berharap menteri dalam negeri sekarang (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) akan menangani perkara ini," katanya.

Kok berkata ia adalah salah apabila warga asing diberi kerakyatan sewenang-wenangnya seperti yang didedahkan dalam keterangan yang diberikan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat pendatang di Sabah, tetapi ia dinafikan kepada rakyat Malaysia tulen.
ReadFull Article ..

Ajal ketika bacaan khutbah

Alor Setar: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.


Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.


“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.


“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

YUSOF menunjukkan cara Arshad bersandar ke dinding masjid sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.


“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.


“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.


“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.


Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.


“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

Malaysiakini
  •   Ogos 3 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun 
ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau 
akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi 
menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen
 BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal
Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang,
 kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," 
 katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis 
Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian 
dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran
 pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.
ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta




SHANGHAI – Selain mengharumkan nama negara, juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta.
Menjelaskan mengenai hadiah berkenaan, Shila yang dihubungi murai.com.my sebentar tadi memberitahu, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.
“Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.
“Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.
“Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.
“Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat,” katanya kepada murai.com.my.
Bakal pulang ke tanah air pada 26 September ini, Shila tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya.
“Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.
“Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.
“Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.
“Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini.
“Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.
“Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali,” jelasnya.
Bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini, Shila memberitahu banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang pertandingan.
“Juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menyanyi di India.
“Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.
“Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China,” ujarnya. – Murai.com.my
ReadFull Article ..

Sabtu, 28 Desember 2013

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka Semakin Lalai Selepas Popular


Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas Popular
Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas Popular - Belum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.

Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”

Dalam masa sama, Najwa Latif yang di’hubungi untuk memberikan komen tentang isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati banyak pihak dek melibatkan isu keluarga. – Roti Kaya
ReadFull Article ..

SERANGAN BESAR BESARAN Pokok Sawit bakal menjadi arang


SEMPORNA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Suami Saman Isteri Kerana Lahir Anak Hodoh


CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.
ReadFull Article ..